|
|
 |
 |
|
Monday, December 19, 2011
majlis kenduri di kemaman dec 2011
assalamualaikum....
semlm baru balik dr kenduri kat rmh sedara kat kemaman... ni la antara yg sempat dirakamkan...letih sebenarnya..tu pasal xbyk gmbr boleh bubuh...so, ni jer la yg sempat aku bubuh..kat fb, staakt ni tak update apa pun lg...
kek pengantin...
aku bukan taknak makan nasi kenduri masa tu, tapi sebab perut dah kenyang awal2...hahaha.. so tunggu lepas pengantin bangun dr meja dulu, pastu aku sebat laa apa2 yg ada kat situ..yg aku bantai byknya buah dgn sayur2..ikan dgn daging jer aku ambik sikit buat syarat makan...salad laa konon..hahahaha :-D
ni la antara foto kitorg yg latest. kali ni datang dah berempat...
Posted at 03:09 am by hassan2803
Permalink
tahun 2011 dah hampir ke hujung
assalamualaikum....
pejam celik pejam celik..sedar tak sedar, tahun 2011 dah dekat nak berakhir. tahun 2012 pulak bakal muncul..
setakat yang aku tengok, tahun 2011 ni mungkin aku takde rezeki sangat, nak keje pun susah nak dapat. macam2 tempat dah mintak..kalo orang bising suruh send resume, aku pun ikut send jugak tapi sudahnya habuk pun tak dapat.. nak komplen pasal takde rezeki ker?? kadang2 aku terfikir jadi gitu sebab orang main guna kabel. diorang sebenarnya dah ada calon dan mungkin dah ambik pun.. buat iklan tu semua just sebab nak cover line jer..bongok betul! menyusahkan orang jer lebih!! habis yang ramai2 pi send resume tu semua jadi macam bodoh sebab buang peluh dan memenatkan diri untuk hantar tapi takde orang ambik keje pun..aku pun terkene jugak..

harapnya tahun 2012 ni ada la rezeki untuk keje tetap dan aku doakan sangat2 la semoga takde orang dapat main guna kabel lagi untuk ambik orang keje, biar Allah sekat golongan2 yang suka guna kabel ni dan bagi peluang pada yang berkebolehan untuk dapat keje...
aku pulak baru ptg semlm aku dapat call kene panggil inteviu untuk esok...aku berdoa jugak semoga aku berjaya la dgn inteviu ni sebab aku mmg nak sgt keje tetap..lgpun sbb aku bakal tambah anak lagi..makin byk tanggungan aku..so aku perlukan keje tetap tak kira la apa pun asalkan halal..
yg sorang ni pulak dah makin besar dan makin pandai..dah mcm budak besar pun ada...ada rupa nak jadi kak long kerr??? entah laa...
Posted at 02:52 am by hassan2803
Permalink
Wednesday, July 27, 2011
ceh! bukan kereta aku pun!
salam...
sajer jer ambik gambar ni. sbb ada la segolongan hamba Allah ni. katanya tak dapat beli pun, ambik gambor kereta ni pun jadi laa...
harga dah la mahal dan tak mampu nak beli. kalo ambik gambar jer, takde hal la. lgpun takde saper2 nak marah... free jer..
kalo tgk kat blog yg lg satu tu, ada la gambar kereta ni dgn si hamba Allah yg saya kata tu...
ohh yer... cop copyright kat gambar tu sbnrnya address blog yg lagi satu. tp gambar yg kat atas ni tak publish pun kat situ.. so letak sbg trademark jer la, tuan blog pun org yg sama jugak... hahahaha
Posted at 11:45 pm by hassan2803
Permalink
makan makan makan........
assalamualaikum....
petang tadi baru jer lepas makan mihun tom yam kat restoran skrin besar. masa sampai tu, ingatkan orang duk pasang tiang mcm kanopi utk ape. kalo pasar malam, semalam lg dah ada. rupa2nye sbb nak ready utk bazar ramadhan yg akan mula minggu depan.
dlm 3 bulan sblm bln puasa ni, sempat lg beberapa kali makan kat fast food. kalo saya la pergi sorang jer, rasanye takde la nak pesan2 makanan ni sgt. nak pesan kopi jer. yg best pasal kopi kat fast food ni ialah kopi dia kosong jer. takde la mcm kopi pra campur (premix) yg biasa beli kat kedai tu. alaa... yg 5 in 1 la, 7 in 1 la, 70 in 1 la, dan sewaktu dgnnya. kopi kat fast food ni rasanya lebih pure, siap boleh tentukan kita nak bubuh gula or krimer ikut suka kita.
baru kejap tadi tv ada sebut pasal tgk anak bulan utk tentukan hari pertama puasa.
kalo nak tgk byk lg pasal makan2 ni, boleh la pergi ke blog yg lg satu - mylightsaber2803
kat situ byk segmen ada, termasuk la segmen jalan2 cari makan. boleh tgk sndri kat sidebar, ada byk label...
so minggu ni, makan la puas2. start minggu depan takleh dah nak makan siang2 hari.. hahahaha
Posted at 11:27 pm by hassan2803
Permalink
Sunday, September 19, 2010
Credits to: -
Salam...
Semalam 18.9.2010, saya sepatutnya dah mula keje tapi macam tak jadi keje sebab hanya 4 orang
jer yang ada kat pejabat ni - bos besar, kerani am, 2 orang engineer. Sunyi giler pejabat..panggilan
talipon ker, fax ke, memang sah takde..sebab pejabat kerajaan dengan pejabat-pejabat lain semua
bukak balik hari Ahad. (Terengganu keje hari Ahad sampai Khamis laa...)
Hehehehe...eleehh, bos besar pun balik sebelum tengahari. Kitorang apa lagi, rancang pergi beraya
la. Menjelang tengahari dalam pukul 1.30 petang, kitorang pun keluar pejabat la pergi beraya. 4
buah rumah kitorang gi raya tau - rumah Na, Lisza, Kak Ani, last sekali rumah Mar di Kampung
Maras..Semua rumah takde gambar kecuali kat rumah Mar, sebab ada
KETUPAT DAUN TEBU..
Hampehh betul, jadi isu perbalahan pulak kat pejabat sebelum cuti raya hari tu. Asalnya sebab tak
tahu pun kewujudan ketupat ni. Cara pembuatannya lebih kurang sama jer dengan ketupat palas,
cuma dibalut dengan daun tebu. Dibalut dan dilipat dalam daun tebu macam lepat pisang yang kita
biasa makan tu dan diikat dengan tali rafia.. Dikukus dulu kemudian digoreng (sekali dengan
pembalutnya)..Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama rendang daging macam ketupat jenis
lain.
So, untuk pengetahuan sesiapa yang tak tahu, kat bawah ini ada gambarnya.
Eh, ni bukan ketupat..Ni Stopa, si beruk panjat nyiur kat rumah Mar Ketupat daun tebu - dibungkus dan diikat (Isinya dikukus dan digoreng) Sedia dimakan Macam ni la rupa isinya yang sudah siap dikukus dan digoreng. Rangup dan sedia dimakan....
Posted at 03:48 pm by hassan2803
Permalink
Credits to: -
Salam..
Di sini saya post gambar-gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri 2010. Gambar-gambar ini
dirakamkan pada hari raya pertama di Marang dan ke-3 di Gong Badak. Masa tu, kami singgah
sekejap untuk menziarah mertua dan saudara yang baru tiba dari Pasir Putih, Kelantan pagi tu. Tak
sempat jumpa pun, masa kami sampai rumah mertua tu, saudara tu dah pun balik semula ke
Kelantan. Kiranya diorang datang pagi balik petang jer. Anyway, dapat juga bergambar dengan
adik-adik ipar. Seronok pula diorang dapat bergambar hari raya dengan Aina.
Masa gambar ni diambil, Aina baru saja sambut 1st birthday pada 3.9.2010, manakala ibunya
sambut 29th birthday pada 6.9.2010...selang 3 hari jer..
Posted at 03:05 pm by hassan2803
Permalink
Monday, August 30, 2010
Monday, August 09, 2010
Gambar terbaru family...papa, ibu, aina
Sunday, March 28, 2010
AHLI KELUARGA BARU MULAI SEPT 2009
Credits to: -
Salam.. di sini saya postkan gambar terkini saya sekeluarga. Sebenarnya dah lama nak submit beberapa foto kat blog ni tapi nak buat macam mana, sibuk. Kalau dah namanya pun bekerja, so pandai2 la nak buat itu ini. Saya kongsikan di sini gambar2 saya dan anak saya untuk tatapan kawan2 dan juga mana2 ahli keluarga yang takde akaun frenster, tagged, FB, atau seumpamanya supaya dapatlah kiranya mengetahui perkembangan terbaru kami sekeluarga. Especially yang duk kat KL dan jauh2 tu..

Aina baru sudah mandi

Haaaaa ????? masuk dalam blog ker ??

Hassan, Anisah, Aina Bahiyah






Sekarang ni Aina dah masuk 6 bulan, dah boleh meniarap dan tumbuh gigi 2 batang..hehehe..tu yg sedap sangat 'ngap' tangan orang...
Posted at 03:10 pm by hassan2803
Permalink
Monday, March 22, 2010
WAKE UP PROJECT & PEACE WALLPAPER
Credits to: website, efairy (blog closed), bloggers, FOM Crew, MO, Kumandie, JTR

Di sini saya kongsikan dengan anda laman web, barangkali kandungannya berkisarkan kesedaran dan keinsafan kita berikutan apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Saya tak tahu macam mana mahu dijelaskan. Apa yang boleh saya nyatakan hanyalah dalam bentuk persoalan seperti:
- Sedarkah kita semua yang kita semakin menghampiri kiamat? Sebagaimana kita sering diperingatkan setiap hari umur kita meningkat; maka semakin dekatlah kita dengan kematian.
- Sedarkah kita bahawa ada pihak lain di luar sana merancang menakluki dunia dan melalaikan manusia dengan hiburan, bisnes, serta hal-hal duniawi agar apa yang dirancang menjadi kenyataan di akhir zaman?
- Sedarkah kita saban hari berada di bawah kawalan mereka (seperti puppet) dan mereka bertindak seolah-olah Tuhan yang cuba mengatur tindak tanduk kita agar segalanya berjalan seperti yang mereka rancang?
- Sedarkah kita semua apakah sebenarnya rancangan pihak di luar sana dari sudut agama dan spiritual?
- Sedarkah kita semua peperangan di akhir zaman nanti adalah peperangan antara agama?
- Siapakah pihak lain yang dimaksudkan?
Mungkin maklumat dan video di laman web iniboleh memberikan jawapan yang anda cari. Anda juga boleh membaca post dari blog-blog lain yang masih aktif. Di sini saya sarankan anda boleh ke Panji Hitam, MO, Bahtera, Jejak Rasul, dan beberapa lagi blog yang diikuti oleh blog berkenaan. Anda boleh lihat pada menu sebelah kanan atau kiri blog tersebut.
Di bawah ini saya kongsikan juga satu wallpaper yang saya dapat dari blog berkenaan. Agak comel dan menarik.Terima kasih kepada FOM Crew dan Kumandie.

COMEL TAK SAYA ??
Posted at 11:36 am by hassan2803
Permalink
|
|
|